TIPS PENJAGAAN TAYAR!!
Disini saya uploadkan sedikit tip atau panduan penjagaan tayar kereta dan motor ,
Baik untuk pengetahuan am tentang tayar kereta dan motor. Tak adalah cakap kosong jer nanti tapi atas dasar ilmu...layan..
Untuk taya kereta :
. Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.
. Selepas mendapat pilihan yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan.
Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 4 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.
. Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50 VR 16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
Terdapat pelbagai jenama dan harga ditawarkan dipasaran seperti Michellin, Yokohama dan Falken. Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira faktor kualiti dan iklim.
Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya).
Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.
Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.
. Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala.
Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan udara terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.
Untuk tayar motosikal,
Kebanyakan tayar motosikal cub atau kapcai di malaysia dan di negara2 asean biasanya menggunakan standard OEM kilang iaitu saiz 70/90-17 dan saiz 80/90-17.(depan dan belakang)
.. Saiz tersebut adalah saiz yg tepat utk motosikal kapcai yg berkapasiti 100cc - 150cc(belang 150R)
1.Saiz rim pula kebanyakan berdiameter lebar 1.4 hingga 1.85 (belakang), ada pengeluar menggunakan rim jejari lidi biasa di mana rim depan menggunakan saiz 1.4 dan belakang 1.6, manakala utk rim sport rim, depan biasa 1.6 dan belakng 1.85.. (yamaha LC 135 5speed clutch guna saiz 2.50 di belakang)
2. manakala motorsikal melebihi CC 150cc, kebanyakan menggunakan rim 1.85-2.15 di hadapan dan 2.50-3.0 di belakang
3. Saiz tayar biasanya mengikut kelebaran rim tersebut, untk moto kapchai, kebiasaan pengguna menukar rim 1.6 dihadapan dan 1.85 di belakang dan menggunakan saiz tayar 80/90-17 depan dan belakang, ada juga dikalangan mereka menggunakan saiz 80/90 di hadapan dan 100/80 di belakang
4. disini saya tulis serba ringkas tayar yg sesuai utk kelebaran rim bg moto cub:
lebar rim 1.4 = saiz 70/90,70/80,80/90
rim 1.6 = saiz 70/90,80/90,90/80
rim 1.85 = saiz 80/90,90/80,90/90,100/80,110/70
rim 2.15 = saiz 90/80, 100/80,100/70, 110/70, 120/70
rim 2.25, 2.50 =saiz 100/80- 140/70
rim 2.75,3.0 = saiz 130/70,140/70,
rim 4.0-5.0 = saiz150/70,160/60,160/70,170/70,
rim 6.0 ke atas = 180/55,190/50
5. perlu diingat..ukuran ini biasa disesuaikankan mengikut saiz rim dan bukan jenis moto.
rim mengikut jenis motosikal cub malaysia, semua keadaan standard adalah saiz 70/90 dn 80/90
suzuki belang, maximum tayar depan 90/80 belakang 120/70
yamaha LC 135 maximum dpn 90/80 belakang 110/70 (rim 1.85)
lagenda, smash,wave,kriss kebnyakan depan maximum 90/80 (sagat mudguard sekejap) belakang saiz 100/80
utk kepahaman, pihak pengelur sudah menetapkan saiz yg terbaik utk motor mereka, jadi pilihan OEM adalah yg terbaik dr segi keupayaan enjin, kapasiti dan nisbah berat serta kestabilan moto tersebut
Dengan ini, saya harap pembaca sekalian memahami serba sedikit mengenai tayar, harap kita dapat kongsikan ilmu ini utk setiap rider motoatau pemandu kereta. Akhir kata bbertemu kita di lain artikel..terima kasih kerana sudi membacanya
utk maklumat mengenai tayar bole lawati:
nan tyrerenest
0196406440 /0193549022