Wednesday 19 December 2012

tayar motosikal terpakai

Salam sejahtera

Topik kita hari ini mengenai tayar terpakai, apa yang kita tahu mengenai tayar terpakai atau dikenali tayar seken@ use tyre

Seperti sedia maklum, semua benda/barang yg ada di dunia ini ada permulaan dan pengakhirannya, daripada ianya baru hinggalah menjadi lusuh dan tidak boleh digunakan lagi.

Tayar terpakai merupakan tayar yang telah digunakan oleh induvidu pertama dan digunakan semula kepada induvidu kedua atau ketiga, ianya bergantung kepada kondisi tayar tersebut

Seperti juga kereta@ moto, apabila pengguna pertama tidak lagi mahu menggunakannya lagi,sudah tentu kereta tersebut akan dijual kepada pihak yang ingin menggunakannya

Ciri-ciri biasa dan umum untuk tayar itu digunakan oleh orang kedua iaitu :
 - ianya masih boleh digunakan
 - tidak rosak
 - peratusan bunga yang tinggi (60%-90%)
 - tayar yang tidak tamat tarikh luput (5tahun)
 - jenama dan tayar yang berkualiti tinggi

Seperti yang kita tahu, banyak sebab mengapa pengguna pertama menjual tayar tersebut dan mengapa tayar tersebut boleh digunakan lagi..

 Penjimatan. - Faktor utama adalah dari segi penjimatan, sudah diketahui bahawa, barang baharu semestinya harga yang mahal daripada barang yg terpakai, jadi utk memastikan ekonomi pengguna sejajar dengan keperluannya, golongan kecil ini akan memilih membeli barang terpakai

Faktor pengguna tidak menggunakan tayar mereka sehingga habis(worn out)
 - mencari jenama yang lebih baik dan berkualiti daripada diguna pakai sekarang
 - menaik taraf tayar kepada yg lebih besar@ kecil mengikut kesesuaiannya
 - menjual kenderaan
 - mengikut trend terkini ,
 - tidak menggunakan tayar standart kilang (tayar motosikal baru)
 - dan sebagainya

Apabila faktor faktor tersebut menjadi rutin pada setiap pengguna, maka terkumpullah tayar tayar terpakai ini ,dari hari ke hari ianya akan menjadi banyak - jesteru itu permintaan alternatif bagi pengguna yang inginkan penjimatan akan bertambah sejajar dengan proses dari faktor tersebut

Kenapa perlunya tayar terpakai dan tidak yang baru?

Persoalan disini berpucuk pangkal daripada diri sendiri, pengguna berhak memilih samaada tayar yg baru ataupun yg terpakai, semuanya bergantung kepada beberapa faktor diantaranya:
 - Berjimat
 - Bajet tidak mencukupi utk membeli tayar baru
 - Bajet utk mengumpul duit untuk beli tayar baru dgn membeli tayar terpakai dahulu sementara mengumpul duit
 - Tayar sediakala rosak/pecah tiba2 dan tidak menjangkakannya
 - Ingin menjual motosikal - motosikal hendak dijual mestilah kondisi yg baik utk segala aspek, maknanya      tayar juga perlu diambil kira
 - ingin mencuba jenama tayar yang lain dengan tidak perlu membeli yang baru

Penggunaan tayar terpakai ini juga merupakan salah satu daripada langkah berjimat cermat memandangkan harga tayar baru semakin mahal harganya


                                         lambakan tayar terpakai yang boleh digunakan lagi

Cara memilah tayar terpakai
 - melihat tarikh manufacturing, contoh ianya tertulis 2310, bermakna tayar tersebut dibuat pada minggu ke 23 dan tahun 2010
 - melihat bunga tayar - pastikan ianya tidak melepasi tanda 'marking' , jika ianya menyentuh tanda marking,bermakna tayar itu tidak boleh diguna dengan lama..(bunga 50% ke bawah)
 - memeriksa keadaan tayar - lubang,bocor,rekahan,bengkak
 - memastikan tayar itu bunganya 60% ke atas

contoh gambarajah tayar motosikal terpakai bunga dalam kondisi 70-80%

No comments:

Post a Comment